Terbang jauh ke United Kingdom demi mengibarkan Jalur Gemilang. Amat membanggakan apabila kelihatan Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-70 pemerintahan Ratu Britain baru-baru ini.

Kelibat ATM bersama jalur gemilang negara dalam perbarisan itu telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia berasa bangga. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di akaun Facebook rasmi beliau.

Menurutnya, perbarisan tersebut telah disertai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), Tentera Darat Malaysia.

Sumber : Facebook Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini