Sempena Sambutan Perayaan Deepavali, Jabatan Penjara Malaysia akan memberi kebenaran lawatan perjumpaan kepada keluarga penghuni bermula 5 hingga 9 November ini.

Bagi penjara di negeri yang berada di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, perjumpaan boleh dilaksanakan melalui  pilihan secara e-mel jabatan atau panggilan video serta secara bersemuka bagi pelawat yang telah lengkap divaksin.

Jabatan Penjara menerusi satu kenyataan memaklumkan, lawatan tersebut hanya akan dibenarkan kepada pelawat yang telah membuat janji temu.

Hanya dua pelawat dalam setiap keluarga sahaja dibenarkan melawat oleh pihak penjara.

Kepada pelawat warga emas yang berumur lebih 60 tahun, kebenaran yang diberi adalah bersyarat iaitu mesti dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.

Pelawat juga wajib mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang ditetapkan semasa perjumpaan.

Jabatan Penjara juga memaklumkan pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan masa perjumpaan tidak lebih 30 minit yang juga bergantung kepada situasi institusi penjara berkaitan. Tempahan boleh dibuat sehingga 4 November menerusi sistem I-VISIT di laman web www.prison.gov.my, panggilan telefon, e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini