Keluarga Malaysia yang beragama Hindu diingatkan agar menyambut perayaan Deepavali dengan menerapkan amalan norma baharu.

Menerusi hantaran di Twitter dan Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perayaan itu dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan di negara ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula menyatakan, disamping menyambut perayaan Deepavali dengan penuh keceriaan.

Rakyat Malaysia diharap berganding bahu menjalankan tanggungjawab bersama serta berusaha membantu negara dalam membuka semula ekonomi dan aktiviti sosial dengan selamat.

Ini termasuklah langkah kawalan kendiri dan pematuhan SOP yang ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini