Timbalan Yang di-Pertuan Agong, SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH bertitah, suara yang berbeza wajar diberi ruang agar rakyat tahu mereka mempunyai tempat masing-masing dalam “Keluarga Malaysia”.

Ini kerana, konsep Keluarga Malaysia perlu disubur dengan meraikan pendapat berbeza.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam titahnya menyeru rakyat supaya menghayati semangat Keluarga Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di istana Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini