Pandemik Covid-19, tidak menjejaskan sambutan Deepavali bagi sebuah keluarga di Gua Musang, Kelantan.

Bagi keluarga, P.Guna Suntari, 45 tahun atau lebih mesra dengan panggilan Rani, sambutan Deepavali tidak akan meriah dan bermakna tanpa hidangan kuih tradisional, pakaian raya dan juga hiasan lantai tradisional ‘kolam’.

Menurut Rani yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, walaupun zaman semakin moden, dia dan suami serta empat anaknya masih mengamalkan tradisi masyarakat India ketika perayaan seperti mandi minyak, sembahyang, dan bermaafan bersama ahli keluarga.

Katanya, menjadi acara wajib buat mereka sekeluarga setiap kali munculnya Deepavali apabila mereka sekeluarga sama-sama membuat kuih seperti maruku, biskut serta menghias kolam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini