Rang Undang-Undang (RUU) meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang diluluskan  di Dewan Rakyat semalam, ternyata memberi pengiktirafan  tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak apabila menyertai Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan itu akan menyaksikan MA63 diletakkan setaraf dengan Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perjanjian Persekutuan 1957.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi berkata  ia turut memperincikan peringkat pembentukan dan hala tuju Malaysia daripada Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan hala tuju Persekutuan Tanah Melayu 1957 apabila Perlembagaan Persekutuan diterima pakai pada 1957. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini