Kelab dan akademi bola sepak tempatan digesa tidak menjadikan status bekas pemain sebagai kriteria utama pemilihan jurulatih.

Sebalikya, aspek pengetahuan kemahiran asas yang tinggi perlu dijadikan kayu ukur bagi melantik pengendali pasukan.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Firdaus Mohamed, kebanyakan pasukan ketika ini lebih mementingkan jurulatih yang mempunyai kemahiran taktikal berbanding pengetahuan asas.

Jelasnya, perkara ini penting bagi memastikan bakat baru dilahirkan pada masa akan datang memiliki kemahiran lengkap sebagai pemain bola sepak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini