Seiring dengan kemajuan teknologi, penjawat awam perlu sedar segala perubahan yang diimplementasi dalam perkhidmatan awam adalah bertitik tolak daripada polisi yang bersifat dinamik.

Ini bermakna lebih banyak urusan perkhidmatan awam akan dibuat dalam bentuk kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan tidak memerlukan tenaga kerja.

Namun menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman menolak kemungkinan skala perkhidmatan awam akan dikecilkan pada masa akan datang biarpun bakal beralih ke teknologi.

Tan Sri Mohd Khairul Adib ditemui pada Majlis Pelancaran Buku Koleksi Teks Ucapan dan Coffee Table KPPA di Univerisiti Kebangsaan Malaysia UKM Bangi yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini