15 pekerja warga Malaysia terbabit kemalangan di Muzdalifah, Arab Saudi.

Insiden berlaku semalam, selepas bas dinaiki mereka terbabas.

Dua individu mengalami kecederaan serius dan disahkan patah tulang di bahagian bahu serta tengkuk.

Baki 13 individu lagi dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang.

Kenyataan Wisma Putra memaklumkan, Pihak berkuasa Arab Saudi masih menyiasat insiden berkenaan.

Sementara Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau insiden tersebut dan menghulurkan bantuan sewajarnya.

Kesemua individu terlibat merupakan pekerja syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.

Mereka menerima rawatan di Hospital An Nur dan Hospital Raja Faisal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini