Kerajaan Metropolitan Tokyo, dijangka melancarkan subsidi untuk kumpulan sasar bagi mengelakkan kemalangan jalan raya membabitkan pemandu warga emas, Keputusan berkenaan berdasarkan hasil dapatan kajian melibatkan pemandu warga emas dalam kemalangan jalan raya di seluruh Jepun. Kebanyakkan kes berlaku berikutan kekeliruan pemandu yang menekan pedal minyak dan bukannya brek. Serentak dengan itu, kerajaan memutuskan untuk menampung kira-kira 90 peratus kos memasang peranti bagi memastikan pemandu warga emas tidak melakukan kesilapan. Menerusi subsidi berkenaan, pemandu hanya perlu membayar kurang 90 dolar untuk peranti berkenaan. Justeru itu, butiran program termasuk umur mereka yang layak menerima subsidi berkenaan, akan ditetapkan. Dalam masa sama, kerajaan telah melancarkan pasukan khas untuk projek ini, bagi membolehkan kajian langkah-langkah lain dibuat bagi mengelakkan kadar kemalangan dalam kalangan pemandu warga emas

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini