Kemalangan menyebabkan remaja melambung ke atas bumbung bengkel selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta dipandu lelaki khayal dadah di Jalan Kampung Permatang Piah, Kelantan.

Mahkamah Bachok mengarahkan pemandu kereta berusia 36 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan.

Mangsa,Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19 tahun, patah paha kiri dan tangan kiri akibat kemalangan.

Polis turut menemui heroin dan 102 biji pil kuda dalam insiden itu.

Pemeriksaan urin terhadap suspek mendapati dia positif syabu termasuk mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini