Sempena Ramadan ini juga, Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS Labuan, membuka peluang kepada usahawan rintis kemas untuk berniaga. Inisiatif itu, bagi melatih dan memberi pengalaman dalam bidang perniagaan, sekaligus meningkatkan akses pasaran tempatan. Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yakin, ia secara tidak langsung membuka peluang dan platform kepada jaringan pasaran produk luar bandar kepada pengedar, pembeli dan pengguna. Beliau berucap ketika merasmikan Hari Kemahiran dan Keusahawanan KEMAS 2019 di Ujana Kewangan Labuan. Seramai 20 usahawan rintis KEMAS termasuk peserta Kelas Kemahiran KEMAS dan usahawan daripada program Bantuan Ekonomi Kampung menyertai program.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini