Kemasukan 32,000 tenaga buruh asing ke Malaysia bagi sektor perladangan dijangka dapat diselesaikan pada hujung bulan November depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kemasukan tenaga buruh asing yang dari negara sumber seterusnya akan ditentukan kemudian.

Ujarnya, faktor keselamatan perlu diberi pertimbangan dalam proses membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi tuntutan keperluan tenaga buruh di Malaysia dan ia tidak boleh dibuat secara terburu- buru.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Deepavali serta Pelancaran Syiling Peringatan dan Album Koleksi Setem sempena Jubli Emas PERKESO di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini