Johor telah menghantar surat amaran kepada petugas di pintu masuk sempadan negara, khususnya Jabatan Imigresen Malaysia, untuk membuat tapisan kemasukan pengembara dari Singapura bagi mengekang penularan cacar monyet.

Tindakan susulan Singapura mengesahkan satu kes import cacar monyet di republik itu melibatkan seorang pramugara warga Britain.

Menurut Exco Johor, Ling Tian Soon, petugas perlu segera melaporkan kepada Jabatan Kesihatan negeri jika mengesan pengembara yang mempunyai simptom.

Jabatan Kesihatan Johor akan terus memantau keadaan di republik itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini