Varian Omicron kini dilaporkan meningkat dengan pantas di seluruh Amerika Syarikat

Namun, kadar kematian dan kemasukan ke hospital akibat COVID-19 secara perbandingannya rendah walaupun penularan varian Omicron mudah menjangkiti.

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat, Rochelle Walensky menyatakan, walaupun kes meningkat dengan ketara, namun kemasukan ke hospital dan kematian kekal rendah.

Pakar penyakit berjangkit Amerika, Anthony Fauci berkata, Data menunjukkan Omicron akan mempunyai nisbah kemasukan kes ke hospital yang lebih rendah berbanding varian Delta.

Semalam, purata jumlah kes harian COVID-19 yang disahkan di Amerika mencecah rekod tertinggi.

Kes baharu COVID-19 di Amerika Syarikat melonjak ke paras 265,000 kes sehari secara purata.

Sebahagian besar kes  disumbangkan  oleh varian Omicron.

Menurut data Johns Hopkins University, kes harian baharu di negara itu meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini