Pihak berkuasa akan membuat siasatan ke atas laporan yang dibuat ahli keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Khamis lalu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan,Datuk Muhamad Zaki Harun, Siasatan menjurus kepada kebenaran laporan polis yang dibuat ahli keluarga mangsa.

Soal siasatan kematian dan insiden berlaku di bawah siasatan pihak berkuasa negara jiran. Namun, maklumat yang diperoleh akan dihantar ke Wisma Putra dan Interpol untuk membantu siasatan pihak berkuasa negara jiran.

Allahyarham Faziani maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand kira-kira 10.30 pagi pada 19 Mei 2019 selepas kenderaan  dipandu suaminya merempuh belakang lori dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan zakat di Pondok Krong, Yala.     

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini