Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia membiayai geran penyelidikan bagi mengurangkan penggunaan bahan plastik.

Timbalan menteri berkenaan, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata penggunaan bahan plastik menyebabkan pencemaran selain mengancam kehidupan haiwan termasuk penyu. Beliau mengulas mengenai kematian penyu di pesisir pantai Terengganu.

Terbaharu, seekor anak penyu ditemukan mati di pesisir pantai Kijal, Kemaman semalam yang menjadi kematian penyu ke-13 direkodkan sejak awal bulan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini