Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan kematian pertama akibat varian Omicron di negara itu.

Pengumuman pada Isnin itu dibuat ketika negara berkenaan melancarkan program suntikan penggalak untuk membendung  penularan varian baharu berkenaan.

Menurut Johnson, 40 peratus daripada kes COVID-19 di England, berpunca daripada varian Omicron.

Setakat ini, Britain merekodkan 10 kes kemasukan ke hospital akibat varian Omicron.

Sehubungan itu, langkah kecemasan akan dilaksanakan dalam masa terdekat, bagi mengelakkan tekanan ke atas sistem kesihatannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini