Sementara itu Timbalan Perdana Menteri mahukan umat Islam kembali kepada fitrah suci setelah berjaya menempuh Ramadan dalam mengukuhkan ketakwaan kepada Allah SWT. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dengan fitrah suci, manusia menilai dan menanggapi sesuatu perkara, mengikut pandangan dan kehendak Allah. Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam perutusan Aidil Fitri menjelaskan, fitrah ini sentiasa mengimbangi antara tuntutan kehendak diri yang selalu didorong oleh nafsu, dengan kehendak Allah SWT yang tersusun rapi dalam syariatnya. Beliau turut mengaharapkan kehidupan bersama yang harmoni, seiring nilai sosial dan kemanusiaan yang tinggi, yang perlu diterjemahkan sebaik-baiknya dalam sambutan Aidilfitri. Datuk Seri Dr. Wan Azizah turut berpendirian, umat islam adalah ‘Ummatan Wasatan’ yang sentiasa menjadi contoh teladan sejagat. Justeru Aidilfitri adalah detik terbaik untuk menonjolkan keharmonian kaum di negara ini

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini