Kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-12, merupakan kemenangan rakyat Sarawak.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kemenangan bergaya itu kemenangan untuk meletakkan Sarawak sama rata dengan Semenanjung malaysia iaitu perkongsian wilayah dalam malaysia.

Beliau berkata kemenangan itu juga mandat yang memberi kuasa kepada GPS untuk membangunkan ekonomi yang mampan dan melaksanakan dasar sosial yang mengutamakan rakyat.
 
Beliau turut berterima kasih atas keyakinan rakyat Sarawak kepada beliau dan GPS untuk terus memimpin Sarawak ke arah pembangunan lebih cemerlang terutama misi mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030.
 
Tan Sri Abang Johari juga berjanji untuk terus menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dan menunaikan janji manifesto pilihan raya GPS. GPS mencatat kemenangan besar dengan 76 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini