ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin yakin BN akan memberi perubahan besar kepada Melaka. Seterusnya membawa kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Jelasnya, kemenangan besar BN dalam PRU DUN Melaka ini menunjukkan keyakinan rakyat terhadap parti. Sebelum diumumkan kemenangan malam tadi, terdapat bantahan daripada ejen Pakatan Harapan, menyebabkan keputusan PRU DUN Melaka bagi kerusi ini diperoleh lewat.

Sebanyak 48 peti undi, selesai dikira pukul sebelas malam tadi. Datuk Kalsom Noordin memperoleh 4,839 undi dengan majoriti 131 undi. Calon Bebas, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang merupakan pencabarnya hanya memperoleh seribu 218 undi.

Sementara calon PH, Muhammad Danish Zainudin mendapat 4,708 undi. Peratus keluar mengundi DUN Pengkalan Batu ialah 66.49 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini