Kegembiraan pelakon, Amelia Henderson yang telah memenangi anugerah Star Model 2019 di majlis Anugerah Festival Model Asia ke-14 (AMFA) 2019 tercalar dengan komen negatif netizen. Malah, ada yang mempersoalkan kelayakannya memenangi kategori itu dan mendakwa wanita berdarah kacukan itu tidak layak merangkul anugerah berkenaan berikutan bukan daripada keturunan melayu. Bagaimanapun, Amelia memberi penjelasan bahawa dia lahir dan dibesarkan di Malaysia. Amelia yang berusia 24 tahun menerima anugerah itu dalam kategori Malaysia di Dewan Olimpik di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini