Kementerian Kewangan mengumumkan RM200 juta akan diperuntukkan bagi menangani impak banjir.

Jumlah tersebut merangkumi penyaluran RM50 juta kepada NADMA dan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan memaklumkan kadar Bantuan Wang Ihsan dinaikkan kepada RM1,000 dari RM500 sebelum ini.

Turut diumumkan peruntukan awal RM100 juta bagi usaha pemulihan pascabanjir bagi memulih kediaman dan infrastruktur awam yang rosak akibat banjir.

Kementerian Kewangan melalui Bank Negara turut berbincang dengan sektor perbankan untuk menawarkan program bantuan pembayaran bagi peminjam terkesan.

Kerajaan turut mengaktifkan “Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan DAN Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan” yang dikenali sebagai GDRN.

Menerusinya, geran padanan berjumlah RM25 juta akan diperuntuk Kerajaan, manakala RM25 juta lagi diperuntukkan bersama GDRN.

Antara syarikat terlibat ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Telekom Malaysia, Pharmaniaga, Malaysia Aviation Group dan Yayasan Sime Darby.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini