Kementerian Luar Negeri komited membantu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dalam pengantarabangsaan bahasa kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, antara inisiatif bakal dilaksanakan ialah kerjasama dari segi kebahasaan dan persuratan Melayu rentas negara.

Turut dilaksanakan, kursus bahasa dan budaya Malaysia serta menempatkan atase kebudayaan meliputi pendidikan bahasa dan kesusasteraan di pejabat kedutaan-kedutaan utama.

Datuk Saifuddin berkata, Jawatankuasa Kesenian dan Kebudayaan (ARCA) bagi menasihati kerja-kerja Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Negeri juga bakal ditubuhkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini