Kementerian Pengangkutan telah meluluskan Skim Keretapi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Jajaran Seksyen C2, semalam. 

Justeru, kerja-kerja pembinaan secara fizikal di Seksyen C2 ini boleh dimulakan suku pertama tahun ini. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyatakan sesi Pemeriksaan Awam telah dijalankan selama 3 bulan bagi memperinci maklum balas orang ramai ke atas Seksyen C2 di negeri Selangor.

98.87 peratus daripada 12,797 responden menyokong penjajaran ECRL melalui jajaran asal yang ditambahbaik.

Katanya, Seksyen C2 melibatkan jajaran rel merentasi Gombak ke Pelabuhan Klang melalui Serendah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini