Kementerian Perpaduan telah menubuhkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) bagi mengawal selia keperluan hal ehwal masyarakat bukan islam di negara ini.
 
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, ia ditubuhkan 14 ogos tahun lalu dan dianggotai 14 orang pemimpin badan-badan agama.

Jawatankuasa tersebut berperanan membentuk platform pemimpin badan agama, meningkatkan kepahaman mengenai kepelbagaian kaum dan menggalakkan semua penganut agama memahami dan menghormati perlembagaan persekutuan.

Di peringkat negeri pula, terdapat 14 negeri yang mempunyai jawantakuasa bagi menguruskan hal ehwal agama selain islam yang dipengerusikan oleh exco kerajaan negeri yang memegang portfolio perpaduan kaum. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalah ahli parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini