Kementerian Pertahanan akan mewujudkan kawasan tanaman di kem-kem tentera sebagai usaha menjamin isu sekuriti makanan bagi memenuhi keperluan anggota tentera.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata projek rintis telah dimulakan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan dan akan diperluas ke kem-kem tentera yang lain.

Datuk Seri Hishammuddin ditemui selepas menghadiri Latihan Kuasa Tembakan 2022 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu telah dibuat bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.

Semalam, Zamrose menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan Ladang Integrasi Tentera Darat di Kem Syed Sirajudin dilaksanakan menerusi Program Kelestarian Makanan Tentera Darat bertujuan membantu meringankan kos sara hidup warganya melalui hasil pertanian.

Beliau berkata ia juga sebagai langkah awal dalam menangani permasalahan krisis makanan yang berkemungkinan dihadapi pada masa hadapan sekali gus memastikan kelestarian makanan terutama dalam kalangan anggota dan masyarakat sentiasa terjamin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini