Lagi kebimbangan terhadap pelajar sekolah… Kali ini mengenai penjualan gula-gula ala vape dikenali Ghost Smoke.Kementerian Kesihatan sudah memulakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula berkenaan di seluruh negara.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan pihak KPDNHEP.Jelasnya, kemunculan makanan ringan tersebut adalah sesuatu yang mengejutkan dan pihak kementerian akan mengambil langkah segera mengharamkan penjualannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini