Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah merancang strategi dan pelan bagi membantu Peniaga Kecil Sederhana (PKS) menyelesaikan masalah kekurangan pekerja akibat pekerja asing telah pulang ke negara asal mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.

Rancangan tersebut ialah Program Pertukaran Majikan (PTM) dan Program Rekaliberasi Tenaga Kerja (RTK). Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, kerajaan pada 4 Jun 2020 ersetuju memberi kelonggaran dengan membenarkan pertukaran majikan dalam sektor yang berbeza.

Selain itu, mana-mana majikan asal yang tidak mampu untuk menggajikan pekerja asing dibenarkan untuk melepaskan sebahagian pekerja mereka tanpa disenarai hitam. Sehingga 30 September 2021, seramai 286 majikan telah membuat permohonan.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 200 permohonan telah disokong dan kelulusan peringkat akhir adalah di peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN). Melalui RTK, inisiatif jangka pendek ini meregularisasikan Pendatang Tanpa Izin dalam negara menjadi pekerja asing yang sah bagi membantu industri mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini