Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk menyediakan 1,000 tapak perniagaan untuk peniaga kecil baharu khusus untuk golongan muda.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, permohonan boleh dibuat sekiranya mempunyai lokasi strategik tumpuan pengunjung.

Ia juga bertujuan menggerakkan semula aktiviti ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, pengecualian sewaan tapak penjaja kecil dan pengurangan sewa premis sehingga 50 peratus kepada peniaga di Putrajaya juga dipertimbangkan untuk dilanjutkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Media dalam Tinjauannya petang tadi ke Souq Shoppe di Dataran Putra, Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini