tidak berkemampuan  meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, usaha itu akan dilaksanakan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMS-WP) khususnya di ibu kota bagi memastikan tiada pelajar yang ketinggalan dalam sistem pendidikan negara.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan GPMSWP di Ibu Negara.

Datuk Seri Jalaluddin turut optimis Kementerian Wilayah Persekutuan akan memberi sokongan penuh bagi membantu pelajar berkenaan  melanjutkan pengajiannya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan kerja membaik pulih di Taman Kuchai Entrepreneurs Park di Seputeh.

Ia berikutan kejadian tanah runtuh di lokasi berkenaan akibat hujan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini