Kemeriahan sebuah majlis perkahwinan bertukar menjadi situasi cemas apabila percikan bunga api yang dinyalakan di pelamin menyambar perhiasan yang terdapat di kawasan.

Melihat api yang sedang marak beberapa tetamu berusaha menyiram air ke tempat yang sedang terbakar bagi mengawal kebakaran.

Awalnya tetamu yang hadir tidak lari untuk menyelamatkan diri kerana mungkin masih dalam keadaan terkejut atas kejadian itu.

Namun begitu, selepas api mulai marak menyambar perhiasan 

lain yang berada di atas meja tetamu, barulah mereka panik dan berlari keluar meninggalkan dewan berkenaan.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 800,000 kali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini