Pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia akan diteruskan tahun ini, susulan impak positif yang diterima melalui kempen itu tahun lalu. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata, kempen tahun ini menyasarkan pelaksanaan secara komprehensif.

Ia bertujuan untuk merangsang, merancak dan memperkukuhn ekonomi domestik dan meningkatkan pembelian produk-produk tempatan. Selain itu fokusnya untuk menyemai semangat cintakan barangan Malaysia. KPDNHEP dengan bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Majlis Perbandaran Langkawi menganjurkan Karnival Jualan Barangan Malaysia di Dataran Chenang yang berakhir semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini