Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis Utara melancarkan kempen bergerak bagi menyampaikan maklumat dan risalah mengenai penyalahgunaan dadah.

Kempen tersebut bagi meningkatkan kepekaan orang ramai terhadap bahaya dadah dan peranan agensi.

Kempen turut disertai Unit Pencegahan dan Unit Penguatkuasaan yang turun padang ke kawasan Felda Chuping dan Taman Rekreasi Bukit Jernih.

Menurut Pengarah AADK Negeri Perlis, Khairul Anwar Ahmad, aktiviti sedemikian secara tidak langsung membolehkan AADK memantau keadaan setempat bagi mengurangkan masalah pelencongan sosial.

Langkah itu juga selaras dengan usaha merealisasikan misi dadah terkawal 2025.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini