Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Halal Development Corporation (HDC) menganjurkan kempen ëJadikan Halal Pilihan Utama Andaí sebagai usaha meningkatkan kebolehpasaran produk halal tempatan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, inisiatif itu turut menyokong pemulihan syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Datuk Seri Jalaluddin memohon peruncit memberi tumpuan kepada aspek promosi dan harga yang ditawarkan bagi meningkatkan capaian dan prestasi jualan.

Beliau ditemui selepas pelancaran kempen di ibu negara.

Kempen yang berakhir 22 Julai itu mendapat kerjasama pasaraya runcit Lotus dan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini