Laman Facebook antara platform popular yang dimanfaatkan oleh kebanyakan calon yang bertanding bagi tujuan berkempen.

Kemudahan media sosial itu adalah cara terbaik buat calon yang bertanding di kawasan bandar dan mempunyai capaian internet yang tinggi.

Bagi Calon DAP, Violet Yong yang bertanding di DUN Pending, beliau menggunakan laman Facebooknya untuk pelancaran Pusat Pertanyaan Maklumat Pengundi.

Dalam siaran langsung pelancaran pusat tersebut di Kenyalang Park, Kuching pagi tadi, beliau berkata pembukaan pusat berkenaan bertujuan membantu pengundi menyemak pusat pengundian mereka pada 18 Disember ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini