Kempen ‘Smart Cycling’ anjuran Komuniti Belia Selangor bertujuan mendidik masyarakat berbasikal dengan mengutamakan keselamatan.

Ini termasuk persediaan sebelum dan ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah semasa merasmikan kempen ‘Smart Cycling’ di Stadium Shah Alam bertitah, kempen tersebut amat penting bagi memperkasa dan menyatupadukan semua ekosistem berbasikal di Selangor.

Kempen ‘Smart Cycling’ yang dibiayai oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) mendapat kerjasama strategik Malaysian National Cycling Federation, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan Darul Ehsan Facilities Management.

Pelbagai pengisian menarik diadakan sejak 8 pagi hingga 2 petang antaranya Klinik ‘Ride Safe’, pertandingan ‘Push Bike’ bagi kanak-kanak tiga hingga enam tahun, persembahan basikal BMX, sesi forum dan pameran pelbagai agensi serta persatuan basikal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini