Lima calon Presiden Chile terpaksa menjalani kuarantin pada Khamis selepas menjadi kontak rapat kepada seorang lagi calon yang didapati positif Covid-19,  16 hari sebelum pilihan raya umum (PRU) negara itu.

Ini selepas mereka dipercayai terbabit dalam perbahasan tanpa mengamalkan penjarakan fizikal.

Susulan itu, empat calon tersebut mengambil bahagian dalam debat yang disiarkan stesen televisyen secara maya dari rumah masing-masing.

Mereka adalah Sebastián Sichel dari parti pemerintah Christian Democratic Party, Yasna Provoste dari parti sama, José Antonio Kast dari Republican Party dan Marco Henríquez Ominami dari Independent Regionalist Party.

Sehubungan itu, kesemua calon terbabit menangguhkan aktiviti kempen mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini