Empat buah jambatan yang usang serta rosak di Temerloh mendapat perhatian Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir Jambatan terbabit melibatkan jambatan di Sungai Dingin, Dala, Kelubi dan Mambang Berulang dengan usia masing-masing mencecah 30 tahun. Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, ketika ini pihaknya menggunakan peruntukan sendiri untuk memperbaiki kerosakan kecil sebagai langkah pemulihan buat sementara waktu. Jelasnya lagi, rundingan akan diadakan bersama agensi-agensi, jabatan berkaitan dan kerajaan negeri untuk tindakan seterusnya. Beliau ditemui selepas melawat Jambatan Gantung Sungai Dingin dekat Kampung Mambang Berulang yang berdepan pelbagai masalah antaranya kerosakan plat besi di jambatan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini