Bekas pengarah Pusat Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Dungun didenda RM30,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan bersubahat bersama dua pengurus syarikat kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM9,000.
 
Tertuduh, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
 
Dia didakwa bersubahat dengan tiga pengurus syarikat termasuk Muhammad Azmi Abdullah dan Azlin Md Ashaari.
 
Kesalahan itu dilakukan antara 23 April hingga 19 September 2018.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini