Kemunculan varian baharu COVID-19 B.1.1.529 dengan bilangan mutasi yang tinggi, memaksa United Kingdom melarang kemasukan pengembara dari enam negara Afrika.

Setiausaha Kesihatan UK, Sajid Javid, menerusi tweetnya berkata, petunjuk awal yang diperoleh mengenai varian itu, adalah mungkin lebih mudah menular berbanding varian Delta dan vaksin ketika ini kurang berkesan.

Varian yang dikaitkan dengan peningkatan kes di Afrika Selatan itu juga dikesan dalam kalangan pengembara dari negara itu di Botswana dan Hong Kong, namun sehingga kini belum lagi ditemui di Britain.

Sekumpulan saintis Afrika Selatan juga mendakwa menemukan varian baharu Covid-19 yang menyebabkan peningkatan jangkitan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini