Kemunculan varian Omicron dibimbangi akan mengancam pertumbuhan ekonomi dunia yang baru mula pulih. Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, beri amaran Omicron berupaya mencetuskan risiko penurunan kepada pekerjaan dan pertumbuhan juga meningkatkan tekanan inflasi.

Merumitkan lagi keadaan, Omicron boleh sekali menyebabkan sekatan baharu ke atas hab pengeluaran seperti China. Sekaligus memburukkan lagi isu rantaian bekalan dan meningkatkan masalah kekurangan pekerja kerana ancaman pandemik menghalang mereka untuk bekerja.

Tekanan akan melonjakkan inflasi, yang kini berpotensi melonjak berikutan permintaan tinggi pengguna menjelang musim cuti hujung tahun. Harga barang dilaporkan melonjak tinggi di Jerman, manakala Sepanyol merekodan kenaikan terpantas kos sara hidup dalam tempoh tiga dekad.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini