Kerajaan komited dalam menyelesaikan isu kenaikan harga baja dan racun berikutan ia akan membebankan golongan petani dan pesawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kewangan juga telah diarahkan untuk menyelesaikan isu kenaikan tersebut.

Kenaikan harga baja dan racun adalah disebabkan harga import yang tinggi dari negara pengeluar.

Walaupun negara mempunyai syarikat seperti NAFAS yang mengeluarkan baja dan racun, namun beliau berkata bahan mentah barangan itu juga diimport dari luar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini