Satu pengumuman rasmi akan dibuat dalam tempoh dua minggu lagi untuk membendung kenaikan harga barang keperluan di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya telah berbincang dengan dua kementerian yang terlibat iaitu Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Kerajaan mengesan punca kenaikan harga barangan keperluan khususnya ayam, disebabkan peningkatan kos operasi ladang penternakan dan kenaikan harga makanan ayam yang diimport.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia dan Perasmian Pembukaan Cawangan sebuah pasar raya di Sentul.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini