Kenaikan harga ikan kebelakangan ini tidak perlu dibimbangi rakyat kerana ia bersifat sementara. Menurut Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal ia berikutan musim tengkujuh yang menghadkan aktiviti nelayan buat masa ini.

Tambah beliau, LKIM sentiasa memantau bekalan di pasaran bagi memastikan harga yang dijual tidak membebankan pengguna. Bekalan ikan yang telah disejuk beku yang akan dikeluarkan bagi menampung bekalan semasa dan memastikan harga pasaran sentiasa stabil.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Prihatin Nelayan dan Penyerahan Bantuan Kotak Makanan Ikan Berinsulasi kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi di Jeti Sungai Kelubong.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini