Peningkatan kos ibadah umrah dilihat wajar ekoran pelaksanaan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh pihak Arab Saudi dan kerajaan Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, walaupun terdapat peningkatan kos, permintaan untuk mengerjakan umrah dalam kalangan rakyat negara ini amat menggalakkan.

Setakat ini, kerajaan Arab Saudi tidak mengehadkan kuota jemaah luar negara termasuk Malaysia yang ingin mengerjakan umrah.

Namun jumlah yang ingin memasuki Masjidil Haram pada satu-satu masa akan ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini