Sebuah kedai runcit di Kulim, Kedah diserbu KPDNHEP pagi tadi.

Ini kerana pemiliknya didakwa mengenakan syarat supaya pelanggan membeli barangan lain terlebih dahulu sebelum membeli minyak masak paket sekilogram.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNHEP Cawangan Kulim, Mohd Fazly Edros berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, penyamaran telah dibuat salah seorang anggota bagi mengetahui adakah benar syarat itu dikenakan.

Hasil penyamaran mendapati, pemilik premis mengenakan syarat itu kerana mendakwa ramai pelanggan ingin membeli minyak masak paket dengan kuantiti yang banyak.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 70 kilogram minyak masak paket sekilogram disimpan dalam kedai runcit tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengenakan syarat tidak sah dalam penjualan barangan kawalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini