Kenderaan berat melebihi 7.5 tan dilarang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur pada waktu puncak. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, langkah itu diputuskan oleh jawatankuasa khas bagi mencari kaedah penyuraian kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Kenderaan berat yang dikesan masuk ke pusat bandar pada waktu puncak akan dikenakan tindakan iaitu kompaun mandatori, mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan meletakkan paparan maklumat boleh ubah (VMS) larangan kenderaan berat di lokasi berhampiran sempadan penyediaan kawasan parkir sebelum masuk ke ibu negara.

Selain itu, kenderaan dilarang parkir di bahu jalan semasa waktu puncak, manakala petak parkir di jalan utama akan dibatalkan secara berperingkat.

Pada masa sama, melarang penjaja berniaga di bahu jalan semasa waktu puncak dan membatalkan petak penjaja secara berperingkat terutama di bahu jalan di jalan utama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini