Baru-baru ini, satu pasangan dari New Zealand telah mengegarkan dunia dengan penemuan kentang gergasi di halaman rumah mereka seberat 7.9kilogram.

Colin dan Donna Craig-Brown yang pada mulanya tertanya-tanya adakah ia merupakan sejenis kulat yang jarang ditemui atau sesuatu objek yang aneh. Namun, selepas Colin memeriksa, ia sebenarnya adalah kentang.

Meski kentang gergasi tersebut mempunyai rupa bentuk yang agak hodoh dan seolah-olah bermutasi, penemuan mereka itu menjadikannya sebagai kentang terbesar yang pernah dijumpai. Lebih menarik lagi, pasangan dari Hamilton, New Zealand ini memberikan nama kepada kentang terbabit iaitu ‘Doug’. Colin berhasrat untuk mengiktiraf Doug menerusi Guinness Book of Record, namun tidak kesampaian kerana Doug dikhuatiri tidak dapat bertahan lama.    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini