Lima bayi antara 50 mangsa terselamat daripada dibawa arus sungai deras berikutan kejadian kepala air di kawasan perkelahan Sungai Kenerong, Jelawang, Dabong, Kuala Krai, Kelantan, petang semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Azwan Daud berkata enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 5 petang.

Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati ada mangsa terperangkap di kawasan perkelahan itu. Operasi menyelamat dijalankan menggunakan tali serta bot bagi membawa keluar dan memindahkan kesemua mangsa.

Mangsa terdiri daripada 35 dewasa, 10 kanak-kanak serta lima bayi. Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan operasi menyelamat tamat pada 8.50 malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini